Archive for April, 2005

Semalam!

Wednesday, April 27th, 2005

Semalam buat pertama kalinyer aku pergi melawat budak yang sedang buat practical dari UNIKL kat jalan jelatek!Dapat gak aku makan angin sikit bila keluar dari bumbung pertama ni! mula2 tu aku ingat nak naik motor tapi aku rasa baik naik teksi senang sikit sampai ketempat practical budak tu. Sebab aku sebenarnyer tak tahupun tempat tu kat mana walaupun aku lalu lalang kat situ. Laaaaaa rupa2nyer dekat dengan pejabat KRU record. Setelah berjumper dengan student tersebut bersama dengan supervisornyer! (cun jugak!). Aku ke PWTC, ke pesta buku yang masih berjalan hingga hari ahad ni. Ingat nak jumper dengan Dia, tapi dia sibuk, aku tak nak ganggu lah. So jejalanlah aku sesorang di kelompok manusia yang berpusu-pusu mencari ilmu disebalik kertas yang dipanggil BUKU!

Macam biasa aku cari lah buku yang berkaitan dengan Art atupun Animation dan aku pergi ke Booth (Basheer) sebab kat situ jer yang aku lihat banyak buku art and design.Terbeli gak aku buku kat situ sebab ada potongan harga yang begitu memuaskan (sebab buku yang aku nak beli tu ada la dalam harga RM 72, tapi hari tu RM 20 jer!) lepas beli aku ingat nak terus balik, tak disangka2 aku terserempak dengan bekas sekerja ku ketika mengajar kat Cosmopoint dulu (suhaila and the gang) bersama dengan studentnyer (PTPL) datang ke situ. So macam biasalah bertanya kabor dan bertukar info sedikit sebanyak. Lepas Suhaila dan rakannyer blah aku pun nak gerak laa balik, tak pasal2! beg plastik aku terjatuh. And Bila aku bangun dari mengambil beg plastik aku lihat DIA dah berada tak beberapa jauh dari tempat ku berdiri. So tunggu apa lagi aku jerit laaa panggil namanyer. Nasib baik dia dengar! Rupa2nyer dia sedang memilih buku2 daripada publisher yang membuat pameran kat situ. Aku tak mahu menganggu kerjanya. Pertemuan yang singkat kerana masa tidak mengizinkan. Lantas aku kembali ke UNIKL.

Petang, macam biasa aku balik dengan LRT (seminggu ni aku naik LRT jer! kenapa ek!). Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian ku selepas turun dari lrt dan menuju kerumah. Biasa nyer aku akan melalui satu gerai buah yang terletak kat bawah jejantas dan aku tak akan menghiraukannyer. Kali ni aku tertarik dengan sesuatu yang dijual kat situ. SENGKUANG! sengkuang yang di potong sekeping sekeping dan disapu dengan sambal cicahnyer yang berwarna merah dan ditaburkan kacang halus diatasnyer! Itu laaaa makanan feveret aku masa kecik2 dulu. Biasanyer aku akan beli buah tu kat satu nenek (kalau nak pergi kerumahnyer kene naik jambatan gantung baru sampai) means dan 20 tahun aku tak makan buah sengkuang macam tu semenjak nenek tu berpindah dan aku tak sangka ada org jual buah sengkuang style macam tu pada zaman sekarang! Aku tak tunggu lantas aku beli walau pun harganyer seringgit! kalau tak silap dulu harga seposen jer! Tapi tak per lah at least terubat gak kenangan masa kecik2 dulu tu!:op

Sampai di rumah, aku lihat ramai sedara berkumpul kat rumah atuk! kenapa? Oooo rupanyer hari ni adalah keputusan mahkamah terhadap atuk. Atuk didapati tidak bersalah oleh mahkamah atas tuduhan fitnah kepadanyer (kes ni dah berlalu selama 8 tahun). ALHAMDULILLAH bersyukur rasanyer kami sekeluarga.

Tapi ada sesuatu yg terjadi lagi! tv kat rumah aku rosak (dulu pernah baiki). lansung tak hidup terus kali ni. Aku memandang kat bapak.

" Paaaaak! jom gi CAREFOUR….."

Lepas tu korang paham2 jer lah ek! MUAHAHAHA!

Aruah nenek

Tuesday, April 26th, 2005

Malam tadi….. aku bermimpi berjumper dengan aruah nenek! Gembira rasanya seolah2 aku kembali ke masa sebelum aruah sakit tenat, tapi kulihat aruah duduk berselimut atas katil kenapa! aku tak tahu. Mungkin disebab kan rindu kepadanya menyebabkab aku bermimpi pasal aruah. Mungkin tak sempat berada disisinya waktu saat kematianya menyebabkan aku terkilan. Mungkin kalau aku tak menghadiri mensyuarat pada petang tu pasti aku berada si sisinya hingga waktu kematianya. Tapi semua itu takdir dan aku tak dapat merubah segalanya. Walaupun mak sedara memarahi aku kerana pentingkan kerja dari kesihatan nenek (pada hari itu la, biasanya aku lah yang jaga dan temankan nenek ke hospital setiap kali buat cucian buah pinggang) aku tak dapat berkata kata pabila aku kembali dari mensyuarat kat opis, aku just lambat 5 minit jer selepas aruah menghembuskan nafas yang terakhir!

……. Kini hampir 2 tahun aruah nenek telah pergi. Ku doakan rohnya diletakkan sisi roh mereka yang di rahmati…. Amin.

Nasi Goreng Taugeh

Monday, April 25th, 2005

Sahara Apa perasaan korang kalau masa korang tengok wayang! kat tempat duduk berhadapan dengan korang ada org bersaiz besar tak hingat! duduk kat situ. Hampir 1/4 are screen wayang tu dihalang oleh kepala dia jer! itu tak termasuk yang dia tu suka bergerak ke kiri dan ke kanan!Perrrgh tension siol! Itu lah yang terjadi pada aku semalam masa tengok criter Sahara kat TGV KLCC. Habis hilang mood aku nak tengok criter tu. Rasa nak keluar time tu jugak!

lepas abis tengok wayang aku teman dia balik rumah!Lapar perut tetiber jer. So kiter orang gi la kat satu gerai ni! Aku order nasi goreng kerabu, dia order nasi goreng pattaya. Bile order sampai! aku lihat nasigoreng dia, mmm nampak ok! lepas tu aku lihat nasi goreng aku.Apa perasaan korang kalau lihat nasi goreng yang dipenuhi dengan sayur TAUGEH jer! dan laaa sayur tu aku kurang minat! lebih kurang 80 kandungan nasi goreng tu mengandungi sayur taugeh! kalau korang, korang nak makan tak. terus aku tolak nasi goreng tu ke tepi, putus selera makan aku. So makan lah dia sorang2. Kesian lak aku tengok dia makan sesorang. Tapi nak buat macam  mana selera aku dah hilang!So sorryyyyyyyy!:o)

Lambat!

Sunday, April 24th, 2005

Kriiiiiiing! tepat jam 6 pagi jam loceng ku berbunyi. Dengan perlahan tangan ku menekan butang jam! Ish bising betulll la!

Kriiiiiiing! aku terjaga! mata ku memandang tepat pada jarum jam. 7.05 pagi! ALAMAK! aku dah lambat. Arrrgh celaker macam mana aku boleh tertidur balik ni! GEDEGUM! kedenganran guruh. Alaaaaaa jgn laaaa hujan pepagi buta ni,tak pergti kerja aku dibuatnyer. Dah laaa terbangun lambat! baju keje plak tak gosok lagi!kelam kabut dibuatnyer. Tepat jam 7.30 aku keluar rumah, ari ni aku tak bawak motor (takut balik berhujan lagi) so aku naik LRT ke tempat kerja (alang2 dah lambat! biar lambat terus! Muahahahaha)

Seronok gak sekali sekala naik LRT g keje. Macam2 karenah manusia dapat dilihat pepagi buta ni.Ada yang kelihatan bersemangat! ada yang mengantuk dan ada yang blur!Yang paling aku suka adalah melihat cara pemakaian mereka! ada bermacam2 style yang dapat aku tengok. Cuba korang bayangkan kalau korang duduk kat sebelah awek! Cun giler!Seksi!tiba-tiba! PROOOOOOT! dia terkentut daaaa! Haru beeeeb! puas gua tahan nafas, kalau lalat ada kat situ conform tembus cermin dinding LRT tu dia rempuh. Tapi budak perempuan tu buat deeek jer! Hampeh! Nasib baik dah nak sampai. Aku tak tunggu dah lantas keluar dengan seberapa segera.

So aku lambat setengah jam! kira ok la tu sebab pagi ni aku tak mengajar cuma nak tengok progress bebudak final year sahaja (mmmm ntah siap ker tidak keje bebudak ni! natah la).

Rasanya tengah hari ni aku nak ker PWTC (PESTA BUKU 2005) saje nak buat suprise kat dia! Jeng jeng jeeeeeng!:o)Image077

Cahaya

Friday, April 22nd, 2005

Buluh Cahaya sering membimbing kiter kearah satu tumpuan pandangan mata. Tetapi ada kalannya cahaya tidak dapat menunjukkan kebenaran walau pun kelihatan di depan mata.