Archive for May, 2005

Minggu Terakhir

Sunday, May 29th, 2005

Minggu terakhir semakin menjelang bagi semester ini. Segala urusan kerja untuk semester ini hampir selesai. Means selepas ni bebudak akan bercuti sampai bulan tujuh nanti (sebulan tuuuu). Mmmm senyap balik lah school lepas ni nampaknyer.

Pejam celik! pejam celik! Dah hampir setahun aku bekerja kat sini!(tak sedar plak) Alhamdulillah aku senang dengan tempat kerja baru ku. Dan kini aku dah pun bergelar pensyarah tetap di UNIKL ni!(sukernyeeer). Banyak pengalaman yang aku dapat, dan aku akan terus gunakannya bagi hari2 yang mendatang.

Mengenai kesihatan! aku telah lebelkan bulan ni bulan tak sihat bagi aku!Mmm sampai sekarang batuk aku tak hilang sejak aku demam 2 minggu lepas. Harap lekas2 lah ia hilang! tapi susah nak cakap sebab sekarang ni musim hujan! dan kebanyakkan org yang berada disekeliling ku tak beberapa sihat.

Malam tadi aku mimpi berjumper aruah tuk sedaraku yang baru ku tahu telah meninggal dua bulan lepas. Mimpi yang cukup mengerunkan! Apa2 pun aku doakan rohnya diletakkan di tempat mereka yang terpilih. Alfatihah…….

GERAM!

Tuesday, May 24th, 2005

Dah seminggu lebih aku demam. Kalau ikut kan hati malas jer nak pergi kerje ari ni. Tapi semalam aku dah MC so aku terpaksa gak datang, kerana hari ini ada lah hari terakhir untuk final year student animasi membentangkan hasil kerja mereka. Tapi bila kau lihat di studio pagi ni! Satu haram artwork masih belum di tampal! Aaargh geramnyer. Diorang ni lansung tak serik ker!Minggu lepas diorang lambat gat masa present work 3D, ari ni pun tak kan lah lambat gak!aku terus pergi ke Lab komputer sebab aku tahu diorang masih sibuk kat situ." Saya nak awak semua turun sekarang dan pasang semua artwork korang SEKARANG!" tegur aku kepada student yang masih asyik siapkan keje di depan komputer yang sepatutnyer siap seminggu yang lalu.

Lepas tu aku lepak kat meja sebab badan aku sebenarnyer masih tak kebah lagi dari demam, menunggu student siapkan keje akhir dan kalau diorang tak siapkan kerja sebelum tengah hari ni! mmm rasanyer bebudak ni saja nak mengundang padah!

* Ikutkan hati nak jer aku FAIL bebudak final ni! EEEEEEEEE GERAMNYEEER!

Nak tak?

Sunday, May 15th, 2005

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

* ish apa yang aku melalut niiiii! Giler apa!

Fikirkan

Monday, May 9th, 2005

Ada masanya sukar untuk kita melihat takdir yang akan berlaku. Walaupun ia berada di depan mata, kerna hati dan akal mempengaruhinya. Cuma jangan lah kita menyalahkan takdir yang telah kita pilih, kerana takdir adalah anugerah dari NYA!

Seperti biasa aku datang berkerja. Peeergh malas giler nak bangun pagi tadi. Ini pun dok ternguap2 depan pc. Masa dalam dalam tren tadi aku terpikir. Kenapa masyarakat kota berpusu2 pergi ke tempat kerja, sanggup berhimpit-himpit dalam LRT ataupun bas. Kenapa sanggup mengadap jam pepagi hanya disebabkan KERJA! Kenapa mereka perlu bekerja? Jika perlu, kenapa terikat dengan waktu? Kalau sebabnya adalah kerana duit! itu  salah! Kerna kata-kata org kaya! "kalau kau masih bekerja mengikut waktu yang ditetapkan! Engkau tak akan KAYA!"

So! fikir-fikirkan lah!:o)

* Dah seminggu kelopak mata sebelah kiri ku berkedip dengan sendiri. Kata org, aku bakal kehilangan org yg aku sayang! Ish! harap2 tak laaa.

Semalam

Sunday, May 8th, 2005

Semalam!

Aku mengemas kotak2 simpanan barang lama ku yang sepatutnya aku kemas semenjak aku berpindah ke rumah baru. Letih! itu yang dapat kukatakan bila terpaksa menyelongkar balik semua barang yang tersimpan dalam 7 buah kotak besar semuanya. Macam2 aku temui setelah mengemas kesemua barang dari kotak simpanan tersebut. Benda yang tak patut aku buang, yang berguna aku simpan. Dan banyak barang (terutamanya barang2) yang membuat ku teringat kembali pada kenangan silam yang mengusik jiwa. Terutamanya bila melihat hasil sesetengah student lama ku yang masih ku simpan, dan hadiah2 dari teman sepejabat lama dulu sebelum aku berhenti. Kad2 ucapan dari kengkawan dan juga student. Pendek kata macam2 ada yang mengembalikan segala memori dulu2. Teringin rasanya hati ingin kembali kepada waktu dulu. Kerana terasa rindu dengan suasana lama yang banyak mengamit perasaan suka duka sebagai seorang perantau di negeri org. Tapi aku tahu itu adalah mustahil!

Aku harus meneruskan hidup baru ku kini. Melangkah kaki ke arah yang aku sendiri tidak pasti akan takdirnya seperti aku mula2 menjejaki kaki ku ke kota dusta. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman bersulamkan kenangan lalu aku meneruskan hidup melalui catatan baru.

Doakan aku.Sendiri

Bye

Wednesday, May 4th, 2005

Aku sibuk dan blur sikit sepanjang hari ini, badan pun rasa macam tak best jerImg_0075_2 . Sebelah petang baru laaa dapat rileks sikit. Tak tau nak tulis apa sebenarnyer. Mmmmmmmmmmmmmmmmm ok lah! byeeeeeeeeeee.

Clay

Tuesday, May 3rd, 2005

SIBUK!Spawn_1

Itulah yang boleh ku katakan untuk hari ini. Sampai jer opis aku terus sarapan dan masuk kelas. Ari ni aku kena pastikan diorang dah start buat model untuk subject character design. Sepatutnya student dah kena start buat model clay tu minggu lepas. Tapi sebab aku sibut dengan lawatan practical dan tak sempat nak tengok work diorang. nampak gayanyer tak jalan lansung. Ish! nak kena ketuk gak! Sebelah petang  tak ada kelas. Mungkin nak lepak2 lah jer dalam opis sambil layan movie! Peeergh best giler! MUAHAHAHAHA ( nak tengok criter apa ek? mmm tengok kartun best gak ni)……!:o)

Weekend

Monday, May 2nd, 2005

Minggu lepas aku sibuk melawat budak practical. Tapi sempat gak bawak bebudak gi cyberjaya (EB-MDC). Seronok bebudak tu bila dapat tengok mesin yang berteknologi tinggi seperti VR room (kat malaysia ni ada 3 buah jer-cost 20 Juta!) dan tengok  proses sesuatu animasi dihasilkan. Aku harap bebudak UNIKL-IIM ni dapat mengambil manfaat dari hasil daripada lawatan tersebut.

Pada Hari jumaat aku ker Cyberjaya sekali lagi! tapi kali ni nak melawat student yang melakukan practical kat situ. Sesampainyer aku disana lebih kurang pukul 8.30 pagi aku cuba call student tersebut. " Saya tak ada kat situ dah laaa en. z…. Saya sekarang ni ditukarkan kat Bandar Tasik Selatan" Jawab student tu bila aku bertanyakan sama ada dia dah sampai kertempat practical atau pun tidak. Arrgh! tensionnyer! nak tak nak aku gi gak ke bandar tasik selatan (nasib baik familiar kat kawasan tu). So lepas abis jumper student dengan supervisornya aku terus ke Wangsa Maju! berjumper dengan Dia untuk bersarapan pagi ( lapar beb). Pada sebelah petang aku g UPM sekejap jumper kawan lama kat MTDC.

Di sebab kan aku masih tak buat2 lagi MYKAD (malas!) kononnyer pada hari sabtu aku dan dia pergi laaa kat Maju Juntion nak buat kad. Walau pun sampai awal tapi orang yang datang! Mak oi! Ramai bebenor teman tengok kat situ. Angka giliran menunjukkan nombor 3200 untuk pukul 10.30 pagi tapi masa tu baru jer pukul lapan. So tak jadi laaa. lepas sarapan kitaorang terus balik (minggu depan laaa jawabnyer). Pada sebelah petang aku balik kerkampung disebabkan hari isnin ni cuti. Aku, atuk, bapak dan adik perempuan aku kami berempat naik kereta balik bersama. Seperti biasa jalan Highway Karak Jam teruk. Biasanyer mengambil masa 2 jer nak sampai kerumah tapi petang tu mengambil masa 5 jam! peeergh letih giler. Berhari minggu dikampung best gak, aku pergi melawat datuk sedara kat Tebing Tinggi dan kat Pulau tawar. kebanyakkan mereka tak beberapa sihat disebabkan sakit tua. Aku doakan semoga mereka sihat hendaknya.

Aku bertolak balik ker KL pada pagi Isnin selepas subuh bagi mengelakkan jam. Aku dan Dia keluar berjalan2 (apa lagi! kat MID VAlley la) bagi meraikan hari jadi ku. Terima kasih kuucapkan padanyer diatas hadiah yang diberikan. Kalau aku tahu dia nak bagi hadiah! dah lama aku mintak macam2! Muahahahahaha!:o)

1 Mei

Monday, May 2nd, 2005

Secara tak sedar aku  kini berumur 28 tahun pada 1hb Mei yang lalu. Selamat hari jadi pada diri aku kerna sampai ke hari ini still dapat hidup dan mengecapi nikmat tuhan. Kepada kengkawan yang bagi wish tempoh hari terima kasih di ucapkan. Dan kepada sidia yang memberi hadiah teristimewa tu! Terima kasih bebanyak ek!Happybirthdaycake