Archive for July, 2005

Hujan!

Friday, July 15th, 2005

Hujan! itu lah yang berlaku pada hari ni! so masa semayang jumaat tadi kena gak renyai hujan. (nasib baik tak lebat, kalau tak abis laaa lenjun satu badan dibuatnyer).

Lepas semayang jumaat aku tapau me goreng mamak and makan kat opis! Fuh sejuk giler sebab baju masih lembab sebab kena hujan tadi. Ni pun kepala dah start bedenyut. Alaaaa conform aku sakit kepala lepas ni, nasib baik tak mengajar sebelah petang. kalu tak! musti cencel class! Muahahahaha

DREAMCARS ASIA SHOW

Wednesday, July 13th, 2005

Pada weekend yang lepas aku dan dia telah pergi ke Convention Center yang baru di buka bersebelahan KLCC untuk melihat pameran DreamAsiaCars Show yang berlansung hingga 14hb julai ni. Walau pun harga tiketnyer mahal ( RM 20.00 tuuu!) tapi rasanyer berbalo bila dapat melihat pelbagai jenis kereta yang canggih dan terkini dan juga future car yang boleh dikatakan kan kebanyakkan kreter kat sini berjuta harganyer!Terdapat juga pameran kereta formula one dari Petronas dan ferarri dan kerete lumba GT. Hampir kesemua kerete aku try naik (bila lagikan!) time ni lah nak merasa duduk dalam kereta RX 8, Nissan Impuls Z, Mini Cooper, Beatle, aku gak merasa naik kerete Formula one dan kerete GT(dari salah satu group dari jepun cuma aku dah lupa nama team tu! apa ek!) jgn lupa! kerete Initial D pun ada. Cuma Aprilia mewakili untuk bahagia superbike.

Apa2 pun aku berasa puas!puas melihat semua ini buat pertama kalinyer!(walau pun berlambak gadis litar yang berada sebelah kereter dan lawa+seksi nak mampus, sedikit pun tak menggugat keimanan aku! sebab bagi aku kerete2 kat situ lebih menarik perhatian ku! Muahahaha )

Gadis Melayu

Tuesday, July 5th, 2005

Salah satu lagu kegemaran ku dari….

Othman Hamzah
* Dinyanyikan balik oleh Jamal Abdillah

Gadis Melayu

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

* Best gak sekali sekala layan lagu lama! cewaaaah…

Semester baru

Tuesday, July 5th, 2005

Hampir sebulan budak UNIKL cuti. Banyak kali jugak lah aku cuti bulan ni (bila masa lagi nak rileks!) sampai kan nak datang keje pun malas. Bulan ni lah paling banyak kali aku datang lewat!conform kena tiaw dengan provost! Muahahaha. So ada masanya aku tak sempat nak up date blogs. InsyaAllah aku cuba catatkan yang terbaik dalam blogs ni dan sekerap yang mungkin.

Pelajar baru sudah pun mula mendaftar pada minggu ni. Dari maklumat pihak pendaftaran berkemungkinan seramai 32 pelajar baru akan masuk bagi kursus animasi! Mmmm nampaknyer pack laaa studio semester ni. Aku pulak dilantik menjadi advisor pelajar baru! he he he….. apa aku nak buat ek dengan bebudak ni nanti! Apa2 pun ini adalah satu tanda yang baik, kerna pelajar semakin ramai memasuki kursus animasi kat UNIKL ni, walau pun baru dibuka selama 2 tahun. Dan seperti biasa lah! ayat yang aku ucapkan pada mereka ialah!

WELCOME TO HELL! MUAHAHAHAHAHA!