Archive for August, 2005

Cosplay Showcase

Friday, August 19th, 2005

Semalam merupakan  hari yang meletihkan. Kerana student animasi sem 3 ada presentation untuk project cosplay (pertama kali diadakan secara besar besaran). Letih tapi menyeronokkan, hanya itu yang dapat aku katakan. Kesemua pelajar berjaya dalam projek yang ku beri. Aku bangga kerana mereka mampu menyiapkan cosplay ini dengan jayanya walaupun pada sebelah pagi hujan turun dengan lebat hingga menyukarkan mereka untuk datang (bersama peralatan costume). Selepas abis presentation aku suruh bebudak ni lakukan perarakan dari satu makmal ke makmal yang lain. Dimana aku menyuruh mereka melakuakan pengumuman menngenai projek cosplay mereka yang akan datang dan juga melakukan beberapa aksi semasa perarakan tersebut.

Amboi2! bukan main seronok bebudak ni bergambar (terutamanya ketika berada di tingkat RG Unikl IIM) masakan tidak! habis diorang dikerumuni oleh para pelajar yang lain (kena plak time lunch masa tu) sampai Prof. Abu pun mengambil kesempatan bergambar dengan mereka. Pada sebelah petang pula ada lawatan dari pelajar sekolah pulak!

Segala aktiviti berakhir pada lewat petang. Kesian aku tengok bebudak ni, sampai ada yang tertidur belakang lab sebab tak cukup tidur semalam kerana menyiapkan projek yang aku bagi ni.

Apa2 pun aku ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat (dan juga pelajar senior yang membantu secara tak lansung) begitu juga pada pensyarah animasi yang menyumbang secara tak lansung dalam acara cosplay showcase semalam. Caiyo!

Lepas ni akan aku bagi projek yang lagi besaaaar untuk bebudak ni! Apakah projek tu? Hehehehe tungguuuuuuuuuuuuuuuu!

* Gambar cosplay ada aku upload dalam album wajah qursany! Tengoook! jangan tak tengook!

Sibuk

Thursday, August 18th, 2005

Aku tak dapat bercriter banyak hari ni. Aku criter esok lah! penat giler niii. Cauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Kenangan

Wednesday, August 17th, 2005

Kenangan!

Kenapa jika sesuatu yang berlaku pada diri akan menjadi satu memori yang tak dapat dilupakan. Alangkah bagus jika ia dapat dipadamkan. Aku setuju pada pendapat mengatakan kenangan adalah jalinan salah satu kehidupan dan sebagai penasihat hari muka. Kenangan juga mengajar kita menjadi lebih matang di alam dewasa. Aku setuju dengan kata-kata itu.

Setiap kenangan akan tercalit sebutir memori yang tidak mampu dilupakan! Alangkah bagus kalau ia dapat dipadam atau di tanam, supaya ia tidak datang menghantui tak kala kita sedang seronok menghadapi kehidupan baru.

Sepanjang perjalanan ini telah banyak onak dan ranjau ku lewati. Kenangan demi kenangan memenuhi diari hidup ku sebagai anak rantau. Ada kenangan manis dimana membuat ku tertawa kecil bila mengenangkannya. Begitu juga kenangan sedih, mengundang pilu bila ia menerjah ke minda. Aku sering diterjah kenangan lalu yang sering membuatkan ku rimas menempuh saat-saat hidup. Alang kah bagus kalau aku mampu melenyapkan semua memori luka yang semakin hari semakin kuat menganggu mindaku, sehinggakan kan tak kala aku tidur memori itu menjadi mimpi ku.

Adakah aku rindu dengan kenangan lalu? Kalau aku katakan tidak! Menipu namanya, terutama kenangan gembira yang memberi semangat ku untuk terus hidup. Cuma ku berdoa supaya sesetengah kenangan silam yang sedih itu dapat luput dalam minda ku ini, aku tidak mahu dibayangi kenangan itu sepanjang hidup ku….

Ya ALLAH tunaikan lah doa hamba mu ini.

Go Go Cai Yo!

Sunday, August 14th, 2005

Rasa malas jer nak pergi kerja ari ni. Cuti selama dua hari tak terasa lansung kerana di penuhi pelbagai aktiviti. Alhamdulillah konvocation yang berlansung sabtu lalu telah berjalan dengan jayanya. Cuma yang aku tak puas hati adalah dengan pengurusan makan untuk pegawai akademik sewaktu lunch. Aku terus balik kerana tak mahu beratur panjang(ada la dekat 60 org) cuma kerana sepinggan nasik!

Semalam majlis farewell untuk Dato dan juga Hi tea bersama para graduan berjalan dengan lancar. Seronok aku tengok bebudak bersuka ria (siap berkaraoke tuuu). Aku pun sempat mendendangkan sebuah lagu(mencintaimu) untuk mereka. pelbagai aktiviti yang menyoronokkan sepanjang majlis berlansung. Malah Pihak Unikl IIM telah mendermakan RM 88 000.00 kepada tabung pelajar alumni UniKL IIM. Aku doakan semoga mereka berjaya dalam hidup terutamanya dalam industri animasi dinegara ini. Go Go Cai Yo!

*Gambar Sewaktu Konvo dan majlis Hi Tea kat De Palma Hotel ada aku Upload kat dalam album Wajah Qursany. Check it out!

UNIKL CONVOCATION

Friday, August 12th, 2005

Seawal pagi aku bersiap! tetapi bukan ke tempat kerja! aku kena pergi ke Bukit Jalil kerana ari ni ada raptai konvo UNIKL. Jika dulu (masa kat cosmopoint) aku terlibat dengan persiapan konvo dan juga menjadi MC konvo. Tapi kali ini tidak lagi.Aku kini diberi penghargaan untuk duduk didalam dewan (memakai jubah) dududk bersama graduan yang lain dan melihat student aku yang berjaya untuk menerima skrool mereka masing2. Ia berlansung pada esok hari dan aku berdoa segalanya akan berjalan dengan lancar.

Sesudah abis raptai aku dan opismate pergi mengambil jubah dan hala tuju kami selepas itu adalaaaaaah! SHAH ALAM! kerna mengikut kawan ku membayar roadtax yang tertunggak. Dapat gak jalan2 kat Kompleks Alam Sentral dan sebelah petang kami kembali ke opis kerna pada sebelah petang ada jamuan perpisahan! Kawan ku Hafizi (labrian) akan meninggalkan kami dan akan memulakan kerja kat perpustakaan negara plak!Sebenarnyer hafizi ni bekas opismate masa kat cosmopoint dulu (labrian gak kat situ). So tak sangka dia akan berhijrah lagi. Aku doakan semoga dia bertambah rezeki di tempat baru. Hafizi! GO GO CAI YO!

Esok aku akan ke Bukit Jalil lagi (UNIKL Convocation). Dan pada hari ahad plak aku akan ke Hotel De Palma Ampang untuk jamuan petang Graduan. Sebenarnyer malas nak gi, tapi disebabkan jamuan tersebut adalah jamuan terakhir President UniKL (Dato Ibrahim Saad) sebelum meninggalkan UniKL. Dan aku telah menghasilkan lukisan Karikatur Dato sebagai tanda penghargaan dari pihak UniKL IIM so! aku dikehendaki hadir untuk jamuan tersebut! Lagi pun aku tak dikenakan sebarang bayaran! Makan kat hotel beb! rugi kalau tak pi!

* Aku lihat jerebu agak berkurangan! dan ini adalah satu petanda baik! Harap2 jerebu cepat reda, secepat yang mungkin! CAI YO!

ps: Lukisan karikatur Dato’ Ibrahim Saad yang aku buat tu ada aku upload kat dalam folder album Seni Qursany- enjoy!

Sakit mata

Wednesday, August 10th, 2005

Berita malam tadi mengatakan bahawa pihak indonesia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap hutan yang dibakar untuk tujuan pertanian yg mengakibatkan jerebu teruk dimalaysia! Apa! diorang ni dah giler ker!Malaysia ni dah terlalu baik kerana banyak menolong indon dalam pelbagai masalah! Sekarang ni diorang bagi lak masalah! kerajan malaysia pun satu! tak bagi amaran keras kat indon! Peeergh panas aku melihat situasi macam ni. Cukup2 lah orang melayu asyik berlembut kat org luar dari zaman dulu lagi. Bukannya indon nak bertanggung jawab kepada rakyak malaysia yang mengidap sakit teruk (sampai kena masuk spital) kerana jerebu yang dibuat oleh org indon!Kes kat cyberjaya pun sama. Pekerja indon yang menjadi punca kebakaran kerana memasak kat dalam ladang tu!

Mata aku plak dah start sakit dan merah2! hai! bila laaa nak hilang jerebu ni! Aku rasa kerajaan kena mengambil langkah drastik bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

* ps: Harga penutup mulut naik mendadak (tahap melampau) disebabkan jerebu!Sepatutnya kerajaan memberinya secara percuma, terutamanya pada para pelajar dan kakitangan yang masih bekerja. Sian diorang!

Jerebu ooo jerebu

Tuesday, August 9th, 2005

Jerebu tebal yang melanda membuatkan aku bertambah risau! buat pertama kalinya selepas 6 tahun aku terpaksa memakai topeng mulut sekali lagi bagi mengelakkan aku terhidu habuk jerebu.Aku rasa kalau dalam Lrt tu aku sorang jer yang pakai!Aku tolak segala malu ketepi! Sebab kesihatan adalah yang paling utama. Hari ni bila aku keluar untuk pergi ke tempat keja! masyaallah! jerebu punyerlah tebal!nasib baik aku dah beli penutup mulut semalam, kalau tak tersedak aku dibuatnyer!

Aku berharap jerebu akan cepat berlalu! Baru lah best nak gi jejalan!

Derma darah

Tuesday, August 9th, 2005

Hari ni aku agak kelapangan. So! aku up date apa yang patut kat dalam weblog ni. Ada kengkawan bertanya! kenapa tak tunjuk koleksi action figure aku kat dalam weblog ni! ye tak yer jugak! sekarang ni aku dah tambah satu album dimana menyimpan gambar barang koleksi yang baru ku ambik(tak sempat nak shot semua la). Mungkin akan di update dari masa kesemasa!

Pada hari ini jugak ada kempen menderma darah di UNIKL-IIM. Ramai student yang melibatkan diri (rasa bangga gak) dalam menderma darah. Bebudak ada tanya pada aku kenapa tak derma darah? Mmmm nak buat macam mana! dengan sakit yang tgh kualami sekarang ni tak membenarkan aku menderma darah! so apa yang dapat aku tolong! adalah menggalakkan pelajar disini menderma darah!

*Setitik darah mampu menyelamatkan satu nyawa! Setitik darah mampu memberi harapan! dan setitik darah memberikan satu ikatan sesama kita!

MARILAH MENDERMA DARAH!

MITV- new inovation in Malaysia TV Channel

Friday, August 5th, 2005

Pembaharuan yang baru!

Itulah yang dapat aku perkatakan sekembalinya aku dari MDC (cyberjaya) pagi tadi. Aku bersama dengan ketua kursus telah menghadiri satu talk mengenai satu antara kerjasama antara MiTV dengan pihak MDC. Dimana mereka akan beri satu channel kepada pelajar university untuk memaparkan hasil kerja mereka di kaca TV secara percuma! Creative Vault channel! itulah namanya. Dimana student boleh menghantar hasil karya seperti dokumentari, short filem dan animasi. Bagi aku ini adalah satu peluang yg bagus untuk student menimba pengalan dengan lebih jauh.

langkah pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan MOU antara pihak UNIKL dengan MiTV. So doakan lah ia dapat disempurnakan dengan jayanya!InsyaAllah!

Jerebu

Tuesday, August 2nd, 2005

JEREBU!

Patutlah sejak kebelakangan ni kesihatan aku sering terganggu. Rupa-rupanya jerebu bakal melanda lagi. Petang semalam abis sahaja opis hour aku terus balik, dan bila keluar je dari bagunan aku terkejut! melihat jerebu yang agak tebal menyelubungi kotaraya KL ni. Nafas menjadi agak tersekat2 bila berada diluar. Baru jer lepas baik dari sakit, jerebu pulak melanda. Hai datang balik laaa sakit aku tu!

Teringat kembali sewaktu belajar kat ITM dulu waktu malaysia pertama kali mengalami cuaca jerebu teruk! itu lah kali pertama aku kena sakit tersebut. Seksanya tuhan sahaja yang tahu, dimana pada waktu itu selang dua hari aku terpaksa pergi ke hospital mendapatkan rawatan!(aku ingatkan dah nak mampos masa tu! alhamdullillah umur ku masih panjang). So aku berharap jerebu kali ini tidak berpanjangan kerana jika ia berlaku, aku mungkin mengalam situasi itu kembali!

Rasanyer time2 macam ni nak jer balik kampong. Dapat gak aku menghirup udara segar disana. Tapi sekarang bukan musim budak UNIKL bercuti. Kalau tidak dah lama aku cabut balik kesana.

* Rindu plak rasanya nak mandi sungai kat kampong!:)