Archive for September, 2005

Black Monday

Sunday, September 25th, 2005

Kepala ku terasa begitu berat bila bangun pagi tadi! Berdenyut rasa macam nak pecah!Bila ku bangun mata ku berpinar2 menyebabkan aku baring balik. Lebih kurang sepuluh minit aku cuba bangun.Walaupun terasa berat aku gagahkan kaki ke bilik air. Setelah semuanya siap aku bergerak perlahan ke tempat kerja (so aku lambat la ari ni! muahahaha). Sampai sekarang kepala masih berdenyut, tak larat aku nak mengajar hari ni so aku bagi assignment jer kat budak2. Petang karang still ada kelas! Aaaargh malasnyer kalau kepala pusing macam ni. Lepastu pulak nak kena mengajar teater. Mmmmm tengok lah! kalau larat.

* Terkenangkan masa pergi Riau (indonesia) mewakili IPTA dari malaysia dalam persembahan teater! Kenangan yang tak kan aku lupakan sebab aku kena SANTAU masa disana! Fuh! nasib baik aku still hidup! Hidup Teater!

* Tahniah kepada student animasi yang menjayakan acara cosplay untuk Culture festival pada minggu lepas (woit! gambor mana?). So aku berharap acara cosplay yang aku perkenalkan kat UniKL ni akan menjadi acara tahunan pada masa2 akan datang! Adiooosssss!

Handphone

Wednesday, September 14th, 2005

Cerita Lawak

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan
di salah sebuah kelab eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah
keluar dari gym…

Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di
penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan
terjadilah perbualan seperti
berikut…

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"emmm…"

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping
complex
dua block dari kelab
abang tu… Sayang ada nampak kain sutera
terbaru . . cantik bang,
Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka
sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang
sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model
terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang
dengan jurujualnya dan dia setuju
nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang
kita beli tahun lepas tu.. ."

"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000…"
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara
lagi…"
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah
semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah dipejabat
ejen hartanah dan sayang
dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas
tu…
sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada
swimming pool bentuk love tu,
ada taman orkid kat belakang, berhadapan
dengan pantai tu… cantik kan bang…"
"Berapa harga yang mereka minta?"
"Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang
tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu…"
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat
sebelum orang lain beli, tapi
cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita
jumpa malam nanti ye!!
I Love You!!!"
"Bye… I Love you too…"

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap
handphone… sambil mengangkat tangan yang memegang
handphone tu dan bertanya pada yang
ada dalam bilik tersebut :

"""ADA SESIAPA TAHU… HANDPHONE NIE
SIAPA PUNYA?"""

Ps* Aku sakit perut ari ni! so tak tau nak tulis apa! Muahahahahaha

Perhimpunan Silat Cekak Hanafi 2005

Sunday, September 4th, 2005

Sibuk!

Itu lah ayat yang dapat aku ucapkan untuk diriku sejak kebelakangan ini. Hinggakan hari minggu ku di penuhi dengan aktiviti luaran. Menjadi MC untuk majlis perkahwinan merupakan kerja sambilan yabg biasa ku lakukan dan yg terbaru untuk majlis perkahwinan adik kawan ku di Rumah PUSPANITA dekat Dewan Bahasa Dan Pustaka. Seronok kerana tak sangka dapat bertemu dengan opismate lama. Yang penting dapat laaa masuk duit poket! Muahahahha.

Selepas abis cuti pertengahan semester hidup ku sibuk kembali kerana ada beberapa minggu lagi untuk menamatkan pengajaran untuk budak2 animasi (so aku kena puch diorang sikit!) Tapi yang paling aku bengang adalah kecurian Laptop yang aku simpan semasa cuti semester yang lepas! Nak salah

kan

student! Tak boleh, sebab semuanya cuti. Kerana kehilangan Laptop membuatkan hidup aku agak pressure sikit (mahal tu kalau nak kena ganti! Beribu tuuu) kalau aku jumper la sapa yang rembat Laptop tu! Lumat aku kerjakan!

Hinggalah semalam aku dan dia ke Tasik Titiwangsa (lama dah tak jejalan kat situ) bagi melihat acara perhimpunan ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi dari seluruh Negara. Tahniah kerana perhimpunan kali ni telah mencatat sejarah kerana mencatat rekod Malaysia World of record sebagai penyertaan silat terbesar (lebih

lima

ribu) dah juga penyertaan terbesar persilat perempuan (lebih dari 2 ribu!) di Malaysia. Kesememua peserta silat adalah dari budak2 IPTA seperti UITM, UPM, UUM, UM dan lain2 organisasi.Tahniah aku ucapkan dan aku berharap usaha itu tidak terhenti malah akan di teruskan pada tahun2 yang akan datang! GO GO CAIYO!

Ps* Aku agak sedih kerana tak dapat bertemu sahabat lama (geng teater masa kat ITM dulu). Kerana dia yang menjemput aku keperhimpunan silat tersebut! Mungkin dia agak kesibukan dan aku tak salahkan dia. Insyaallah kalau ada masa boleh berjumper bila dia turun ke KL nanti.