Penat!
Itu lah yang dapat ku katakan selepas family day kat Tiara Beach Resort PD. Hari pertama aku dan Tan telah sampai awal dari staff yang lain (sebab kita orang naik UNSER! Muahahaha) so boleh lepaks sebelum aktiviti petang. Pelbagai aktiviti sukan berlansung pada sebelah petang yang melibat kan aktivi di dalam kolam renang! fuh naik letih aku dibuatnyer kesemuanya di akhiri dengan aktiviti main bola tampar (atas pasir) walaupun acara tu tak termasuk dalam senarai tapi kita org balun gak!
Sebelah malam macam biasalah Dinner time! So aku buat kali pertama menjadi pengacara majlis untuk family day ni. Sebenarnyer aku tak nak sebab nak enjoy jer masa datang ke sini. Tapi sebab semua org tak nak so terpaksalah aku tolong member. Sepatutnyer aku berpasangan dengan kak Ros malam tu! Tapi cuma separuh jalan! sebab kak Ros sibuk melayan anaknyer yg mengacau!:op So aku carry on malam tu sorang2 sampai abis majlis (fuh letih gak sebab berlawan dengan dinner(maybank) bersebelahan tempat kitaorang). Apa2 pun semua enjoy! paling happy adalah aku gak sebab dapat cabutan bertuah malam tu! Dapat vaucer rm 100 tuuuu!
Abis dinner semua balik ke bilik masing2. Tapi aku dan beberapa member lain tak tidur! Sebab ada plan BAIK malam tu! nak tau plan apa? Merewang laaaa apa lagi! gi minum2 (sampai Prof Abu-dekan, pun join!) and berjalan2 kat tepi pantai sampai pukul tiga pagi!best giler.
Keesokan harinya dah tak ada apa2 aktiviti so aku dan dan beberapa member lain plan nak ke tepi pantai so kitaorang check out awal (lebih kurang pukul 11 kot). Lepas puas melepaks tepi pantai Aku dan Tan balik ke KL dan aku sampai kerumah pada sebelah petang (terus tergolek kepenatan). Apa2 pun familiy day tahun ni boleh tahan lah jugak dan aku berpuas hati!
Ops! aku luper beli ole-ole dari PD untuk buat kenangan daaaaaaaa!:op
* Nak tengok gambar kitaorang! gi la tengok kat dalam album aktiviti Qursany tuuu!