WAAAAH! lamanyer aku tak menulis blog!
rasanyer hampir sebulan aku tak menulis, kerana kesibukan kerja dan kesuntukan waktu. Tak sangka ramadhan telah berlalu dan kini aku telah barada dipertengahan bulan syawal. Seminggu bercuti raya tidak membawa makna kepada ku kerna ku demam! so aktivi yang dapat dilakukan adalah memerut kat rumah. Tahun ni aku tak ada mood nak beraya sebab satu rumah lansung aku tak pergi untuk beraya. Sekarang minggu kedua selepas raya dan aku semakin sibuk dengan kerja dipejabat. Itu tak termasuk aku train budak teater! Dalam masa seminggu ni aku balik lambat (sampai pukul 8.00 pm) sebab nak training budak teater kerna pada hari jumaat nanti mereka akan mengadakan persembahan sulung . Aku berharap segalanya berjalan lancar, adalah satu keajaipan jika mereka berjaya mengadakan persembahan tersebut kerna aku hanya sempat train bebudak ni selama seminggu sahaja!
* Sepatutnyer aku MC ari ni sebab sakit ku datang pepagi buta tapi aku kuatkan semangat datang ketempat kerja itu pun dah masuk tengah hari!Janji dengan student nak buat shooting spaceship dan latihan persembahan teater pada sebelah petang. Jangan aku pengsan sudah!
*Aku sertakan di sini sajak yang ku cipta bagi persembahan pentomin rakyat(bertajuk=MELAYU!) yang akan di persembahkan pada majlis Gala Aidilfitri Unikl IIM jumaat nanti oleh pelajar dari kelab teater dan kesenian UNIKL IIM.
MELAYU!
(DUA PENDEKAR MELAYU DIIKUTI DENGAN PALUAN REBANA MUNCUL DARI BELAKANG PENONTON)
Berlenggang hai berlenggang si tari lenggang
Kalau baik hati, ramai orang pun sayang
Berbunga lebat pohon rambutan
Hinggap tempua berjuntai kaki
Bila dapat memandang bulan
Jangan lupa rumput di sini
Berlenggang hai berlenggang si tari lenggang
Kalau baik hati, ramai orang pun saying
(nyanyian ramai dari org kampung)
(org kampung)
Ah! Melayu !
(Penyajak)
Pantang ikan kekeringan
Pantang manusia kehinaan
(org kampung)
Ah! Melayu !
(Penyajak)
Obat bodoh adalah ilmu
Obat dosa adalah taubat
(org kampung)
Ah! Melayu !
(Penyajak)
Bersakit sakit dahulu
Bersenang senang kemudian
(org kampung
Ah! Melayu !)
(Penyajak)
Berbuat baik berpada pada Berbuat jahat jangan sekali
(org kampung)
Ah! Melayu
(Penyajak)
Jika pandai meniti buih (P)
Selamat badan sampai ke seberang
(org kampung)
Ah! Melayu !
(Persembahan Tarian Zapin)
(Penyajak)
Anak Melayu
Namaku kuseru
Jawablah!
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!
(Beramai-ramai)
(VISUAL PUISI + SILAT)
(Penyajak1)
Melayu!
Yang agung dalam sejarah
Melayu!
Yang pantang menyerah
Melayu!
Yang melangkahnya gagah
Melayu!
(Penyajak2)
Orang beradat
Melayu!
Hidup bermuafakat
Melayu!
Bergantung kepada yang Satu
Melayu!
(Penyajak3)
Merendah diri dan pemalu
Melayu!
Hidup diatas pekerti
Melayu!
Mati dalam budi
Melayu!
(SYAIR)
Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil dirimu
Tiadalah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diammu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan
(VISUAL PUISI + PENTOMIN PERMAINAN RAKYAT MAIN GASING + MAIN TAKRAW)
(org kampung)
Ayuh tepuk, tepuk
Ayuh tepuk, tepuk
Tang – Tung
Tang - Tung
Ala
Ayuh tepuk, tepuk
Ayuh tepuk, tepuk
Tang – Tung
Tang - Tung
(MASUK IRAMA ZAPIN)
(org kampung)
Berlenggang hai berlenggang si tari lenggang
Kalau baik hati, ramai orang pun sayang
Gugur melayang si bunga sena
Seludang mayang gugur di taman
Orang Melayu kaya budayanya
Jangan hilang dikikis zaman