Archive for December, 2005

Rumah kat Jengka Pahang kena PECAH!

Tuesday, December 13th, 2005

Pada hujung semester aku kali ni agak kesibukan dengan program KJP(kursus jangka pendek) tapi duit punyer pasal akurembat sebab time ni laaa nak buat duit. Tak sangka pula terjumper opismate masa kerja kat cosmopoint dulu yang secara kebetulan mengikuti kursus lain di UNIKL ni. Seronok gak sebab dah lama tak bertemu sebab dia sebelum ni telah melanjutkan pelajaran master bersama suaminya di Autralia. Tak sangka dia dah tamat (tahniah diucapkan-sekarang dah keje kat UTM). Dapat gak souvenior dari australia.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan talifon dari mak! katanya rumah kat kampung kena pecah! Aduuuh abis laaaaa sebab bengkel kuih kat belakang rumah banyak barang! So sekarang famili aku bergegas kekampung nak tengok apa yang terjadi. Aku kalau ikutkan hati nak jer gi! Tapi disebabkan aku kena ngajar kursus sampai hari jumaat ni! nampaknyer hujung minggu lah aku balik kekampung! Aku akan bercuti panjang kali ni (hingga tahun baru).

Aku harap kan korang doa2kan barang kat rumah aku di kampung selamat hendaknyer! Amin.