Archive for April, 2006

Koleksi Terbaru

Sunday, April 23rd, 2006

Bila aku memandang atas meja, baru aku tersedar yang dah lama aku tak updatekan album untuk koleksi action figure dan toys aku. Lantas aku mengambil gambar figura aksi dengan digital camera (mmm nasib baik ada bateri). kalau nak tengok! gi tengok kat dalam album Koleksi Qursany!

* Tengok boleeeeh! Nak beli! jangan Haraaaaap! MUAHAHAHAHAHAHA…..

Movie Carnival!

Sunday, April 23rd, 2006

Weekend baru ni aku dan dia g jejalan kat times square! tak sangka ada movie karnival kat situ. Memang best sebab boleh tengok update movie yang terbaru dan juga bergambar cosplayer daari Movie Mania nyer persatuan! kalau nak tengok apa yang qursany dah buat kat situ! jom tengok gambar dalam album Aktiviti Qursany! Enjoooooy okey!!!!

Kebab Kambing

Wednesday, April 5th, 2006

Semalam aku dengan Dia g jejalan ke KLCC selepas waktu kerja. Masa balik! aku beli laaa kebab daging kambing! dia dah tegur aku jgn beli nanti aku sakit kepala! aku janji nak mkn sikit jer. Tapi sampai rumah aku tibai  makan semua! So akibat nyer sampai ari ni aku weeeng! Padan muka aku! MUAHAHAHAHAAA…

PAINTER IX

Monday, April 3rd, 2006

Rasanya dah lama aku tak menulis. Bukannyer apa! sejak kebelakangan ni aku sibuk memahirkan diri dengan software baru (PAINTER IX). Rasa seronok masa belajar software baru ni membuat kan aku terlupa nak makan dan tidur. Mungkin lepas ini aku akan menukarkan media artwork seni ku kepada bentuk digital ( tapi ini tak bermaksud aku akan melupakan teknik manual!) cuma aku merasakan teknik digital mempercepatkan proses drawing dan terdapat pelbahai media dalam software painter ni. Ada banyak artwork yang aku buat dalam painter telah aku up load dalam album Seni Qursany. Aku harap pada sahabat yang melayari blog aku ni akan dapat memberi komen supaya dapat aku pertingkatkan skill dalam teknik digital drawing.

Aku ingatkan bulan ni aku tak lah keluarkan duit banyak sangat! sebab bulan lepas dah beratus aku habiskan untuk membeli buku rujukan mengenai painter ( banyak trick dan skill dapat aku pelajari). Bulan ni! banyak gak  wang saku telah aku belanjakan untuk menembah koleksi action  figure terbaru! insyaallah  akan aku up load kan dalam album Koleksi Qursany nanti, kalau aku ingat la! Muahahahah….

Kata org2 tua masa bertunang akan menepuh pelbagai dugaan dan cabaran. aku mengakuinya!Namun hati ku tetap percaya bahawa kejujuran yang telus dan kepercayaan tanpa syak wasangka adalah tunjang bagi mengeratkan sesuatu hubungan. Mungkin adakalanya kita lupa dan membuat silap dan sifat memaafi satu sama lain adalah kunci kebahagiaan bersertakan kasih sayang yang tidak tberbelah bagi! CEEEWAH!:op