Archive for June, 2006
Selamat Berpindah Ke Bangunan Baru UNIKL
Wednesday, June 14th, 2006Alhamdulillah…
Akhirnya Qursany selamat memasuki ke pejabat baru. Bermula dengan proses pengangkutan barang ke bagunan baru yang mengalami proses yang begitu lama dan memenatkan. Dengan keadaan office yang masih begitu baru (masih ada bau cat dan habuk kayu) membuat kan Qursany tidak beberapa sihat (sakit mata, selsema dan sakit tekak) nasib baik keesokan harinya mereka yang stay back (sampai pukul 3 pagi tuuu) mendapat off day. Apa lagi! Qursany rehatkan badan sepuas puasnya.
Hari ni segala barang telah semua dikeluarkan dari kotak dan di susun pada tempat yang sepatutnya (nampak macam kedai action figure lah pulak! Muahahaha…) Cuma pada pagi tadi semasa sampai untuk unpack barang kat meja Qursany ada masalah dengan pendawaian elektrik dan sambungan jaluran internet. Setelah semuanya selesai barulah Qursany mengemas.
Badan masih tak beberapa sihat tapi digagahkan juga sebab ingin lihat semuanya siap secepat mungkin. Pada waktu lunch tadi buat pertama kalinya Qursany makan kat bagunan menara yang duduk bersebelahan menara Unikl iaitu menara DBKL. Tak sangka bertemu dengan mak sedara yang juga berkerja dekat situ (alamaaak! kali ni kenalah jaga perangai sikit kat area sini! muahahaha).
* Isnin -Pukul 1.15 pagi di restoran Kak Yam Tom Yam ( berhadapan bagunan menara DBKL) Qursany menjamah Bihun goreng bersama kengkawan yang lain sambil menonton bola. Qursany ternampak artis veteren AZIZ SATAR! lantas Qursany menegurnya.." Hai Pak Ajis sihat nampak! ari tu bertongkat?" " He..he..he alaaa sihat orang dah senja! macam ni laaa…." sambil berlalu pergi selepas membayar harga makanan. Berbaju batik jawa dan bersongkok Pak ajis masih nampak sihat disebalik wajahnya agak lemah. Perlahan dia berlalu pegi bersama cucunya dan Qursany melihat sehingga ia pergi jauh. Di dalam hati Qursany berkata… ‘Seseorang anak seni itu jika dia ikhlas dengan perjuangan seninya,dia tidak akan lapok di telan masa dan akan di kenang sepanjang zaman’. Semoga Pak Ajis dapat menghayati kebahgian dan dijahui sakit bisa dunia ketika meniti hari hari tua beliau!Insyaallah.
Selamat Memasuki PEjabat dan Bangunan baru
Wednesday, June 14th, 2006Sempat lagi tuuu
Thursday, June 8th, 2006So sekarang kat opis semua org tgh nak pack komputer masing2 pulak untuk kali yang terakhir. So aku rasa sempat nak menulis kat dalam blog ni. Selama setahun aku naik kerja dengan menaiki LRT (dulu kat Cosmopoint aku naik motor). Untuk kali terakhirnya aku pergi kerja dengan menaiki motor aku kembali(dah lama motor tu terperap kat umah). So ari ni aku jadi riders lah!VROM..VROOOOMMM.
* Alamak! org nak pack komputer dah nak sampai. Ok lah! see ya next time…
Hari Terakhir BOLGS QURSANY di Pertama (UNIKL IIM)
Wednesday, June 7th, 2006Fuh! lega rasanya lepas semua barang dapat aku pack kan kesemuanya. Yang tinggal barang seperti komputer(kalau tak macam mana aku nak menaip dalam blogs ni!) yang akan di pack pada hari esok atau pun pada hari isnin nanti (waktu hari perpindahan rasmi). Bila aku kirer kesemua kotak, terdapat 12 kotak (termasuk kecik dan besar) untuk barang peribadi aku sorang ajer! fuh banyak jugak. Tapi tak semua barang aku akan diangkat oleh syarikat Putrapack nanti. sebab ada barang yang fregile seperti kaca dan sesetengah action figure (kalau yang ni rosak! eee nyesal aku dibuatnyer!) akan aku bawak sendiri ke bagunan baru tu nanti. Mungkin aku guna teksi nanti (malas nak menyusahkan opismate) untuk bawak kotak yang mengandungi barang yang mudah pecah.
So! sekarang ni kat tempat aku dah lapang giler! satu barang pun dah tak ada cuma yang tinggal komputer ni jer atas meja aku. besok ari jumaat! Mungkin aku dah tak dapat menulis kedalam bogs ni lagi bermulai hari esok hinggalah minggu depan sebab proses perpindahan yang aku nyatakan tadi. Means! hari ini adalah HARI TERAKHIR aku menulis kat sini (Di Tingkat 11 Bagunan Pertama UNIKL IIM) dan bila aku menulis kembali kedalam bloqs Qursany ni bermakna aku sudah pun masuk kebangunan baru( BAGUNAN BANDAR WAWASAN)!
Kepada pelajar2 animasi! Semoga korang akan lebih bersemangat bila ke studio baru nanti. Qursany berharap jabatan animasi akan bertambah kukuh dan cemerlang bila berada disana!
Hidup ANIMASI!
Perpindahan Ke Bagunan Bandar Wawasan
Wednesday, June 7th, 2006Mulai pada minggu depan Aku dan staf unikl yang berada di bagunan PERTAMA akan berpindah ke bagunan baru iaitu BAGUNAN BANDAR WAWASAN DBKL yang terletak berhadapan dengan Sheraton hotel dekat Kampung baru. So semenjak bebudak abis final exam aku dan opismate yang lain sibuk menyiapkan final marks bebudak dan juga melakukan pembukusan untuk berpindah nanti. Semalam aku dah pergi melawat ke Bagunan Bandar Wawasan tersebut untuk mengambil bilik kunci aku disana nanti. Tempat yang disediakan memang ada classs! Alhamdulillah kerana tempat yang disediakan jauh lebih baik dari sekarang.
Bulan Jun 2004 aku masuk ke bagunan pertama sebagai pensyarah unikl, dan selepas 2 tahun aku masih kekal di universiti ini dan berpindah ke bagunan baru, juga pada bulan jun (2006). Mmm macam kebetulan plak. Namun kenangan kat bagunan pertama tak akan ku lupakan semoga ditempat baru nanti kehidupan Qursany sebagai seorang pensyarah akan lebih maju bagi menuju impian dan cita cita yang masih dilaksakan.
Selamat tinggal kerusi,meja,bangku,papan tulis, tandas dan macam2 lagi kat bagunan Pertama. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali ke bagunan tersebut tetapi dalam suasana yang berlainan…
ADIOOOOOSSS…..
