Archive for September, 2006

Bulan Ramadhan Al Mubarak

Sunday, September 24th, 2006

Minggu pertama berpuasa. Mmmm nampaknya kali ini aku akan bakal letih kerna sepanjang minggu ini aku mengajar kursus jangka pendek (photoshop) kepada askar yang bekerja dalam bidang multi media. Mulut kering kerna sepanjang minggu ni aku kena bagi lecture dari pagi sampai petang! AAAAARGH….

* kepada semua umat islam semua QURSANY mengucapkan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini. Jaga lah diri mu dari nafsu badan dan penuhinya dengan amalan yang diberkati oleh ALLAH S.W.t

** Petang ni nak berbuka apa ek! mmm ayam percik kot, mee bandung atau mee hailam, lagi best ikan panggang, atau pun murtabak, paling kurang pun nasi bukhari, kalau yang mahal sikit mkn nasik beriani gam!Nasi kerabu pun ok gak, ke nasik dagang…bla..bla..bla………

Hujan petang

Friday, September 15th, 2006

Menara_kl

Sejak kebelakangan ini kl sering hujan pada waktu petang! Mmm aku nak balik awal pun tak boleh. Nak g ambik gambar lagi lah tak boleh kerna boleh aku katakan pada bulan ini adalah bulang yang paling tidak sesuai mengambil gambar permandangan, sebab cuaca kat kl tak menentu dan selalu berjerebu.

Esok aku kena g kerja (sepatutnyer cuti) kerna ada bengkel dan seminar mengenai animasi dan computer game. Mmmm selepas tu aku nak pergi mana ek…

Hujan

Monday, September 11th, 2006

Hujan Hujan tak berhenti dari petang tadi! Jam menunjukkan hampir pukul sembilan! AAAAARG! sangap aku dibuatnyer duduk kat opis! aku tak kirer, aku nak redah jugak hujan kali ni!

New D SLR NIKON D80!

Sunday, September 10th, 2006

D80Alhamdulillah!itu saja yang dapat aku katakan setelah dapat membeli kamera D SLR yang baru ni! bertahun aku nantikan nya semenjan nikon mengeluarkan produk kamera digital bermula D50,D70/D70s dan D200. PAda mulanya aku nak angkat D200! tapi kerana harganya melebihi 5 ribu! aku terpaksa menahan keinginan ku. Hampir 3 tahun aku menahan dari membeli digital SLR. Sebab sebelum ini pun aku menggunakan F80 dalam kerja photo ku! So aku dah faham benar kemampuan kamera dalan rangkin ini. So bila aku lihat dalam majalah (Digital Camera-malaysia edition), jiwa ku berasa tidak tenteram. pada hari sabtu yang lalu aku dan dia pergi survey kat klcc dan pertama kompleks kot2 dah ada dalam pasaran. tapi dalam majalah kata akan lounch pada bulan depan, tapi aku degil gak nak cari. Rupa2nyer memang dah ada kat dealer cuma tunggu masa nak jual. Aku pun tak tunggu terus rembat satuuuuuu!

* So aku pergunakan pada hari semalam  (punyerlah excited pukul 6 pagi aku dah bangun!) bagi mengguna pakai kamera baru aku ni! dan apa yang boleh aku katakan ialah hampir 80% features yang ada kat D200 ada kat D80.

* kalau nak tengok hasil photo yang aku ambik semalam ada aku uploadkan album baru iaitu - NIKON D80- Rugi wooo kalau tak tengok! Jgn Lupa bagi komen tau!

DEALOVA

Friday, September 1st, 2006

Artist: Once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

* pertama kali ku dengar lagi ini, bulu romaku naik. jarang aku mendengar sesuatu lagu yang memberi maksud yang mendalam pada setiap perkataan dan penyampaian suara yang berbeza.

* Lagu penghibur hati dikala duka