Archive for October, 2006

Bulan Puasa Penuh Nikmat dan dugaan 2

Thursday, October 19th, 2006

Tidak lupa aku dan dia berbuka puasa. Di sebab kan bulan puasa aku dan dia jarang keluar bersama (nak kurangkan dosa! muahahahaha). Tapi kami dapat berbuka kat Pizza Hut Klcc yang baru dibuka. mmmm Boleh tahan hiasan dalaman kat situ, mungkin untuk menarik pengunjung yang datang dan bersaing dengan restoran yang lain.

Hujung minggu aku dan dia keluar ke masjid india (kononnya nak beli kuih untuk hari raya nanti) tapi aku bawak dia ke kedai sepupu ku DEEN WAHAB, untuk fitting baju persandingan kami! terkejut dia! Muahahahaha. Sebelah petang minggu tu aku berbuka kat umah bakal mertuaku! hehehehehe

Pada minggu yang terakhir ni Aku dan opismate yang lain berbuka buasa beramai2 dengan semua pensyarah MIIT UNIKL sebab ketua kursus kami (Kak Fadz) telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Dekan!TAHNIAH KAK FADZ! So dia belanjer kami berbuka kat Hotel Grand Pasific.

Ari ni Qursany akan berbuka dengan Dia sekali lagi tapi kali ni kat UNIKL plak sebab qursany dah tak larat nak berjalan!. Dan pada hari terakhir esok masa kerja hanya separuh hari! Yahoooooooooo….

Qursany akan bercuti selama DUA MINGGU! bagi menyambut perayaan aidilfitri . Dan di sini Qursany ingin mengambil kesempatan menyusun SEBELAS JARI memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dah segala kesalahan, maaf dipinta. Tahun ni Qursany hanya beraya kat KL jer. So sesapa yang nak datang beraya tu! telipon awal2 tau, manalah tau qursany mengular kat tempat lain plak!

Sebagai akhir kata bagi bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sedekahkan  Al fatihah pada Junjungan Nabi Muhammad S.W.T,para sahabatnya dan suadara kita yang telah meninggal dunia supaya roh2 mereka aman dan berbahagia lah mereka di alam barzakh.

So! SELAMAT HARI RAYER! SALAM AIDILFITRI SEMUA OK! ADIOOOOOOZ!

Bulan Puasa Penuh Nikmat dan dugaan 1

Thursday, October 19th, 2006

Berbuka Sesungguhya dalam banyak2 bulan, qursany amat menyukai bulan puasa. kenapa? Time2 ni lah qursany dapat menguruskan badan dan menambahkan amal ibadat. bulan puasa kali ini ada kelebihan dan kenikmatannya yang tersendiri bagi diri qursany. Kemeriahan berbuka amat terasa sekali kerna pada awal bulan qursany dengan sepupu dah mula buat barbekue kat umah.Ini tak masuk berbuka puasa dengan pelajar dan opismate yang lain!

Berbuka2 Seronok gak berbuka dengan student. Pada minggu pertama berbuka dengan bebudak kelab photography, selepas tu berbuka dengan bebudak animasi plak kat Time Square.

Berbuka3 Selah berada 10 bulan dikorea akhirnya Rosli (opismate aku) akhirnya balik ke Malaysia. So aku, dia dan opismat yang lain berbuka kat Shakeys Pizza-Sungei Wang. Itu pun kita orang tak berpuas hati, Hinggalah pada jumaat minggu lepas kita orang sekali lagi berbuka puasa tetapi kali ni kat Hotel J.W. Marriot! Peeergh best gak! tapi keesokan harinya si Fauzi kena Keracunan makanan. So berpapah ke Posrawi( Fauzi kena tahan selama 3 hari kerana keracuan tu).

Majlis Berbuka puasa

Wednesday, October 4th, 2006

2_copy Bertempat di restoran chicken hutz, Times Square Qursany bersama opismate dan pelajar2 animasi UNIKL mengadakan acara berbuka puasa bersama sama disitu. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan sempurna. Tah1_copy niah diucapkan kepada pelajar yang menganjurkan acara berbuka ni semalam. Qursany lihat kalau bab makan besar! boleh tahan gak bebudak animasi ni! betul2 makan punya(makan tak hingat punyer!). Qursany plak memang teringin nak makan banyak tapi cepat over load. Mmmm ari ni masih ada aktiviti berbuka puasa jugak(berbuka puasa dengan pizza ari niiii). Tapi hari ni opismate plak yang belanjer! muahahahahahaha….. murah rezeki Qursany Minggu ni…muahahahahaha

KLCC night shot

Tuesday, October 3rd, 2006

Klcc3 Letih! itu yang dapat qursany katakan untuk hari ini. bagaimana pun qursany berasa sungguh puas hati dengan apa dilakukan. Buat pertama kali kelab photo(red eyes) melakukan oudoor shotting. Kena plak pada bulan puasa, so keletihan agak terasa. aktiviti tamat hampir pukul 9 (sepatutnyer pukul 8mlm!-hampeh betul bebudak ni).Klcc7

Selepas puas mengambik gambar, Qursany dengan dia g jejalan laa kat dalam KLCC plak (baru sejuk skit) ingat kan nak rembat flash kamera( Nikon SB 800) untuk kamera digital SLR qursany tu. tapi paham2 jer lah harga kat KLCC ni, semuanya mahal. So arah tujuan kami bertukar ker kedai buku KINOKUNIYA. Rembat dua buku ter baru mengenai photography dan lepas tu baliiiiik laaa (sebab badan dah bau macammmmmmm! muahahahaha)Klcc8

So hari ni Qursany akan berbuka dengan bebudak animasi kat Times Square. Makan Buffet kat restoran chicken Hut. So sesambil tu boleh gak usyar flash kat situ. Manalah tau ada yang murah! Insyaallah.

* Dah laa letih semalam tak hilang lagi, lupa plak nak bersahur! perut tgh berbunyi tak ingat!

KL berjerebu plak

Monday, October 2nd, 2006

Klcc_from_unikl Semalam qursany lihat cuaca cukup baik kat bandar kl ni. Dengan keadaan tidak berjerebu dan awan yang berkepul2 lembut(seperti yg terdapat dalam gambar yang qursany ambik dari tempat kerja qursany), memang cantik kalau kiter ambik gambar. Tapi hari ni keadaan adalah sebaliknya. Mmmmm harap2 ptg karang tak hujan, kalau hujan kesian bebudak nak g ambik gambar kat klcc mlm nanti.

Red-Eyes Photo Club

Sunday, October 1st, 2006

Red_eye_club Alhamdulillah. Pada bulan ramadhan yang mulia ini satu kelab photography telah berjaya ditubuhkan buat pertama kalinya di Universiti Kuala Lumpur. Aku selaku penyelia dan penasihat kelab berharap ahli anggota kelab ini akan bertambah dari masa kesemasa. Gambar ini telah diambil pada perjumpaan kedua dilakukan dan Qursany telah memperkenalkan kelengkapan studio photograpy kepada mereka.Red_eyes_club_copy

Sampai nak dekat berbuka! Qursany lihat bebudak ni dok syok ambik gambar kat studio sampai lupa waktu untuk berbuka puasa sudah hampir. tepat pukul 7  Semua turun kebawah, kami kebelakang bagunan universiti dimana cafe baru telah pun dibuka. Buat pertama kali jugalah kami semua berbuka bersama sama pada bulan puasa kali ni.

* Red-Eyes Club akan melakukan pengambaran (Night Scene Shot) di KLCC pada esok hari (Selasa-3 oktober 2006-Pukul 5 petang-Taman Rehat KLCC). Semua ahli kelab dijemput hadir. Qursany akan turun dari Unikl pada pukul 5.00 ptg. kepada ahli yang ingin pergi bersama dengan Qursany (naik LRT aaar) boleh tunggu di Lobby Unikl pada waktu yang ditetapkan.