Red-Eyes Photo Club

Red_eye_club Alhamdulillah. Pada bulan ramadhan yang mulia ini satu kelab photography telah berjaya ditubuhkan buat pertama kalinya di Universiti Kuala Lumpur. Aku selaku penyelia dan penasihat kelab berharap ahli anggota kelab ini akan bertambah dari masa kesemasa. Gambar ini telah diambil pada perjumpaan kedua dilakukan dan Qursany telah memperkenalkan kelengkapan studio photograpy kepada mereka.Red_eyes_club_copy

Sampai nak dekat berbuka! Qursany lihat bebudak ni dok syok ambik gambar kat studio sampai lupa waktu untuk berbuka puasa sudah hampir. tepat pukul 7  Semua turun kebawah, kami kebelakang bagunan universiti dimana cafe baru telah pun dibuka. Buat pertama kali jugalah kami semua berbuka bersama sama pada bulan puasa kali ni.

* Red-Eyes Club akan melakukan pengambaran (Night Scene Shot) di KLCC pada esok hari (Selasa-3 oktober 2006-Pukul 5 petang-Taman Rehat KLCC). Semua ahli kelab dijemput hadir. Qursany akan turun dari Unikl pada pukul 5.00 ptg. kepada ahli yang ingin pergi bersama dengan Qursany (naik LRT aaar) boleh tunggu di Lobby Unikl pada waktu yang ditetapkan.

Leave a Reply