KL berjerebu plak

October 2nd, 2006 by qursany

Klcc_from_unikl Semalam qursany lihat cuaca cukup baik kat bandar kl ni. Dengan keadaan tidak berjerebu dan awan yang berkepul2 lembut(seperti yg terdapat dalam gambar yang qursany ambik dari tempat kerja qursany), memang cantik kalau kiter ambik gambar. Tapi hari ni keadaan adalah sebaliknya. Mmmmm harap2 ptg karang tak hujan, kalau hujan kesian bebudak nak g ambik gambar kat klcc mlm nanti.

Red-Eyes Photo Club

October 1st, 2006 by qursany

Red_eye_club Alhamdulillah. Pada bulan ramadhan yang mulia ini satu kelab photography telah berjaya ditubuhkan buat pertama kalinya di Universiti Kuala Lumpur. Aku selaku penyelia dan penasihat kelab berharap ahli anggota kelab ini akan bertambah dari masa kesemasa. Gambar ini telah diambil pada perjumpaan kedua dilakukan dan Qursany telah memperkenalkan kelengkapan studio photograpy kepada mereka.Red_eyes_club_copy

Sampai nak dekat berbuka! Qursany lihat bebudak ni dok syok ambik gambar kat studio sampai lupa waktu untuk berbuka puasa sudah hampir. tepat pukul 7  Semua turun kebawah, kami kebelakang bagunan universiti dimana cafe baru telah pun dibuka. Buat pertama kali jugalah kami semua berbuka bersama sama pada bulan puasa kali ni.

* Red-Eyes Club akan melakukan pengambaran (Night Scene Shot) di KLCC pada esok hari (Selasa-3 oktober 2006-Pukul 5 petang-Taman Rehat KLCC). Semua ahli kelab dijemput hadir. Qursany akan turun dari Unikl pada pukul 5.00 ptg. kepada ahli yang ingin pergi bersama dengan Qursany (naik LRT aaar) boleh tunggu di Lobby Unikl pada waktu yang ditetapkan.

Bulan Ramadhan Al Mubarak

September 24th, 2006 by qursany

Minggu pertama berpuasa. Mmmm nampaknya kali ini aku akan bakal letih kerna sepanjang minggu ini aku mengajar kursus jangka pendek (photoshop) kepada askar yang bekerja dalam bidang multi media. Mulut kering kerna sepanjang minggu ni aku kena bagi lecture dari pagi sampai petang! AAAAARGH….

* kepada semua umat islam semua QURSANY mengucapkan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini. Jaga lah diri mu dari nafsu badan dan penuhinya dengan amalan yang diberkati oleh ALLAH S.W.t

** Petang ni nak berbuka apa ek! mmm ayam percik kot, mee bandung atau mee hailam, lagi best ikan panggang, atau pun murtabak, paling kurang pun nasi bukhari, kalau yang mahal sikit mkn nasik beriani gam!Nasi kerabu pun ok gak, ke nasik dagang…bla..bla..bla………

Hujan petang

September 15th, 2006 by qursany

Menara_kl

Sejak kebelakangan ini kl sering hujan pada waktu petang! Mmm aku nak balik awal pun tak boleh. Nak g ambik gambar lagi lah tak boleh kerna boleh aku katakan pada bulan ini adalah bulang yang paling tidak sesuai mengambil gambar permandangan, sebab cuaca kat kl tak menentu dan selalu berjerebu.

Esok aku kena g kerja (sepatutnyer cuti) kerna ada bengkel dan seminar mengenai animasi dan computer game. Mmmm selepas tu aku nak pergi mana ek…

Hujan

September 11th, 2006 by qursany

Hujan Hujan tak berhenti dari petang tadi! Jam menunjukkan hampir pukul sembilan! AAAAARG! sangap aku dibuatnyer duduk kat opis! aku tak kirer, aku nak redah jugak hujan kali ni!

New D SLR NIKON D80!

September 10th, 2006 by qursany

D80Alhamdulillah!itu saja yang dapat aku katakan setelah dapat membeli kamera D SLR yang baru ni! bertahun aku nantikan nya semenjan nikon mengeluarkan produk kamera digital bermula D50,D70/D70s dan D200. PAda mulanya aku nak angkat D200! tapi kerana harganya melebihi 5 ribu! aku terpaksa menahan keinginan ku. Hampir 3 tahun aku menahan dari membeli digital SLR. Sebab sebelum ini pun aku menggunakan F80 dalam kerja photo ku! So aku dah faham benar kemampuan kamera dalan rangkin ini. So bila aku lihat dalam majalah (Digital Camera-malaysia edition), jiwa ku berasa tidak tenteram. pada hari sabtu yang lalu aku dan dia pergi survey kat klcc dan pertama kompleks kot2 dah ada dalam pasaran. tapi dalam majalah kata akan lounch pada bulan depan, tapi aku degil gak nak cari. Rupa2nyer memang dah ada kat dealer cuma tunggu masa nak jual. Aku pun tak tunggu terus rembat satuuuuuu!

* So aku pergunakan pada hari semalam  (punyerlah excited pukul 6 pagi aku dah bangun!) bagi mengguna pakai kamera baru aku ni! dan apa yang boleh aku katakan ialah hampir 80% features yang ada kat D200 ada kat D80.

* kalau nak tengok hasil photo yang aku ambik semalam ada aku uploadkan album baru iaitu - NIKON D80- Rugi wooo kalau tak tengok! Jgn Lupa bagi komen tau!

DEALOVA

September 1st, 2006 by qursany

Artist: Once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

* pertama kali ku dengar lagi ini, bulu romaku naik. jarang aku mendengar sesuatu lagu yang memberi maksud yang mendalam pada setiap perkataan dan penyampaian suara yang berbeza.

* Lagu penghibur hati dikala duka

Posing sakan

August 17th, 2006 by qursany

Syed 2 Tengku

Ee

Selama dua hari aktiviti di bilik studio photography amat menyeronokkan. Sebab inilah kali pertama setelah aku bersusah payah mencari tempat dan peralatan akhirnya impian aku mewujudkan studio photography akhirnya terlaksana. Diharapkan para pelajar akan menggunakan peralatan dan kemudahan ini sebaik yang mungkin. Dan kreativiti pelajar akan lebih berkembang dengan kemudahan animasi yang terbaru ini!

Aku sertakan juga gambar yang aku tolong pelajar masa kat studio baru ni sebab  mereka masih baru dan lemah dalam bidang photografi dan hasilnya!… agak memuaskan! Teringat masa kat Kolej Cosmopoint dolu dolu masa aku mula wujudkan studio photografi kat sana dan aku tak sangka ia berulang kembali di UNIKL!

p.s* Bebudak ni kalau bab posing! mengalahkan modelllll!Poyo gileerrr Muahahahahahahahahaha:p

Sakit Belakang!

August 9th, 2006 by qursany

Seumur hidup aku tak pernah sakit belakang! Namun dua hari kebelakangan ni tulang belakang ku agak sakit! aku tak tahu kenapa, hinggakan aku terpaksa cuti semalam! (musti student aku seronok sebab tak ada kelas! muahahaha) Sepanjang hari di rumah aku tak boleh bergerak sangat kerana seluruh belakang badan ku kram! so baring jer la keje nyer. mmm bosan nak mampos.Sebelah malam bila aku rasa kurang sikit sakit belakang ku, aku teman dia nak keluarganya ke carefour (boleh berjalan lagi tuuu) sebab nak cari cincin perkahwinan! ops bukan untuk aku! tapi untuk abang dia yang akan melansungkan perkahwinan pada hujung bulan ini. tapi yang beria membelek cincin adalah aku dan dia! (ish sapa nak kawin dulu sebenarnyeer! muahahaha). Aku pun sebenarnyer rancang nak beli sekali sebab senang tak payah  nak beli las minit nanti.Last2 tak jadi beli sekali dengan cincin abang nyer sebab tak ada design yang aku dan dia berkenan.

So ari ni aku gagahkan badan ke tempat kerja walau pun sakit belakang ku masih terasa.Fisrt time aku tampal koyok kat belakang badan. nak tau apa aku rasa! PANAAAAAS! AAARG!;p

Lagu

August 7th, 2006 by qursany

Seni Berzaman

Inang asli bergema
Musim baru didalam lagu
Nusantara budaya kita
Zaman berzaman

Kini lagu melayu
Rentak dulu warisan bangsa
Nandung rindu idaman jelata
Dendang berzaman

Keasyikan irama
Kemerduan suara
Mengalunkan ciptaan
Gubahan empunya
Andaikata salah bahasa
Dapat dimaafkan

Ku penyampai sahaja gabungan suara
Ramai-ramai menyanyi kita bergembira

* Keasyikan dan keaslian irama melayu kadang kala membawa kite mengenali siapa diri kita sebagai anak melayu